Our Story

Mula aktif pada September 2019, Seed4Future mula mengorak langkah dalam memberikan bimbingan kepada pengguna sosial media untuk menaikkan akaun sosial media mereka. Menjelang 2019 juga, aplikasi Tiktok mula meningkat naik dan kebanyakan pengguna sosial media mula memberikan tumpuan pada aplikasi Tiktok.

Dalam keadaan pandemik ini, sudah pasti ramai peniaga offline mula memasarkan produk mereka secara online. Buat mereka yang tidak pernah diberi pendedahan berkenaan dengan dunia sosial media, maka Seed4Future memberi fokus yang lebih untuk membantu peniaga-peniaga ini.

Seed4Future mula mengajar pelajar berkenaan penggunaan aplikasi Tiktok dengan teknik yang betul apabila Abang Naz dapati Tiktok adalah platform yang sangat bagus untuk menaikkan Personal Branding. Namun, tak ramai yang betul-betul memahami Teknik serta algorithm Tiktok ini sendiri.

Maka Abang Naz, Cik Sya dan Cik Ara mula mengkaji untuk lebih memahami gerak kerja Tiktok sehinggalah mereka mendapat perhatian dari pihak Tiktok Malaysia sendiri. Dari situ, mereka bertiga mula giat aktif bagi menyebarkan ilmu dan strategi yang betul kepada pengguna-pengguna Tiktok.

Iya, Seed4Future telah dibangunkan oleh 3 orang iaitu Abang Naz, Cik Sya dan Cik Ara. Sehingga kini, syarikat Seed4Future sudah berjaya membantu lebih 10,000 pelajar dalam masa hanya setahun penubuhan Seed4Future. Alhamdulillah!

Seed4Future juga telah mempunyai staff dalam beberapa bahagian serta turut berganding bahu bersama-sama beberapa orang Business Partner Seed4Future!

Doakan supaya Seed4Future dapat membantu lebih ramai usahawan menaikkan branding mereka pada platform yang tepat!

“BE THE NEXT KING OF SOCIAL MEDIA”