Konsep Tiktok adalah video pendek. Jadi ia mudah viral di mana-mana platform media sosial.
Kalau tahu teknik dan cara yang betul, reach video marketing anda memang boleh cecah berjuta-juta.
Lagi lagi buat anda yang baru mulakan bisnes dan baru nak bina niche yang tersendiri. Zaman sekarang, media sosial adalah tempat yang paling ramai orang lepak dan luangkan masa. Dan orang lebih tertarik pada video yang unik, menarik dan berkualiti dan anda mesti nak orang lihat video anda sepenuhnya tanpa skip.
Ini adalah peluang yang sangat besar untuk naikkan brand bisnes anda sendiri dengan menggunakan Tiktok sahaja. Untuk pengetahuan anda, jumlah pengguna aktif Tiktok dalam dunia adalah seramai 800 juta! Nampak tak, senang sangat nak naik! Tapi itu tidak bermakna anda boleh main redah tanpa ilmu. Ada banyak sangat kemungkinan yang boleh berlaku jika redah tanpa strategi dan itu melambatkan proses anda untuk berjaya.
Bagi saya, gunalah platform media sosial anda dengan bijak. Jika anda ada bisnes, ini adalah platform yang tepat untuk bina nama anda. Ini adalah platform yang tepat untuk bina Personal Branding anda sendiri. Tak susah untuk buat orang kenal kita jika kita sampai kepada audience yang betul. Macam mana nak sampai kepada target audience dengan betul? Semestinya melalui ilmu dan strategi yang tepat.
Orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Tak tahu, maka perlu explore dan belajar.
Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang dibawa dengan hati dan keikhlasan. Tapi tanpa tindakan, impian dan harapan anda mampu terkubur begitu sahaja. Kesungguhan anda pada masa sekarang akan menentukan siapa anda 5 tahun akan datang. Abang Naz cuma bantu menyampaikan ilmu dan yang mencorakkan bisnes dan kerjaya anda adalah diri anda sendiri.
Mestilah Positif!
– Abang Naz, Founder of Seed4Future