Apa Kata Cik Sya (CMO Of Seed4future)

Sya nak share sedikit pengalaman Sya dalam bidang bisnes. Sya start bisnes masa umur Sya 8 tahun lagi, Sya dah mula menjual keropok roda dekat sekolah. Nak tahu Sy jual berapa? Sya jual dengan harga 10 sen sahaja.

Sya orang susah dulu, kalau nak apa-apa? Sya memang kena usaha sendiri. Jadi Sya mengambil keputusan untuk jual keropok roda. Alhamdulillah. Masa tu satu kelas beli keropok roda Sya.

Bayangkan, kalau satu kelas beli sehari boleh dapat RM 5. Dah bahagia! Walaupun Sya baru Berumur 8 tahun. Sya berjaya meniaga walaupun dalam kelas sahaja.

Alhamdulillah, dari kecil lagi Sya perasan Sya pakar dalam bahagian marketing. Jujurnya, Sya bukanlah tergolong dalam kalangan budak-budak yang pandai. Sya agak lambat sikit dari segi akademik. Tapi, Allah ini adil. Alhamdulillah, Sya jenis yang sangat cepat tangkap dalam urusan bisnes. Sekali ajar sahaja, dah faham dah. Iya, Sya bukannya budak cemerlang akademik, tapi sangat cepat pick up hal bisnes.

Walaupun Sya agak lemah bahagian akademik, Sya tak jadikan itu alasan untuk Sya duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa. Saya percaya semua orang ada kelebihan masing-masing. Sekarang, Sya berjaya buktikan yang Seed4Future dah berjaya bantu lebih 10 ribu pelajar dalam kelas King of Tiktok sepanjang setahun penubuhan Seed4Future. Alhamdulillah!

Sekarang juga, dah makin ramai orang kenal Seed4Future. Sya adalah ketua bahagian marketing dan leader kepada brand Seed4Future sendiri. Jadi, Sya juga bertanggungjawab utk handle ‘first impression’ orang terhadap Seed4Future.

Sya boleh buktikan walaupun Sya boleh dikatakan sebagai ‘budak kelas belakang’, belajar separuh jalan dalam akademik tapi Sya Berjaya buktikan yang Sya pun boleh berjaya! Kejayaan itu sebenarnya datang dari diri sendiri. Nak atau taknak sahaja.

Percayalah, dengan circle yang bagus semua orang boleh naik dan berjaya.
Sya boleh berjaya, jadi kenapa tidak anda?

– Cik Sya (Chief Marketing Officer of Seed4Future)

Kongsi Artikel Ini

Langgan sekarang dan dapatkan

Langkah tepat scale-up bisnes & personal branding anda 10X ganda!