Dulu Rasa Macam Tak Ada Harapan (Abang Naz)

Pada awal penubuhan Seed4future, Abang Naz rasa macam tak ada harapan untuk Seed4Future kehadapan dan bantu content creator diluar sana. Sebab masih baru dan tak nampak jalan. Sekarang, Abang Naz mula nampak masa hadapan yang sangat cerah dalam Seed4Future.

Dahulu, Abang Naz hanya bergerak 3 orang sahaja bersama dua orang lagi pengasas bersama, Cik Ara dan Cik Sya. Bila semua perkara buat sendiri, memang sangat memenatkan dan memakan masa agak lama untuk berkembang. Mereka bertiga betul-betul bermula daripada sifar untuk capai tahap yang sekarang.

Namun, walaupun bergerak 3 orang sahaja untuk uruskan semua urusan dalam syarikat pada masa itu, mereka tetap teruskan kerana rasa yakin yang masih ramai lagi belum tahu tentang ilmu bisnes dan teknik penggunaan Tiktok dengan betul. Dalam masa yang sama, Seed4Future berusaha untuk perbaiki segala lopong dari semua aspek!

Setiap daripada kita mesti perlu melalui fasa-fasa sukar untuk mendapatkan hasil yang hari ini.

Alhamdulillah! Sehingga kini, Seed4Future sudah berjaya mengajar lebih 10,000 peserta dalam kelas-kelas dan program Seed4Future hanya dalam tempoh kurang setahun. Suatu pencapaian yang perlu disyukuri!

Bukan itu sahaja, Seed4Future juga sudah ada staff dan bergerak bersama-sama Business Partner dalam menyampaikan ilmu!

“There is no shortcut to success, it’s all about the process”

Jika anda masih belum yakin dengan diri anda, maka masih jauh perjalanan anda untuk berjaya. Mulakan dengan keyakinan dan harapan. Maka, akan terhasil tindakan dari semangat yang terlahir dari jiwa yang menginginkan perjuangan.

“Never talk about success, if you never dream of it”

Mestilah Positif!

Kongsi Artikel Ini

Langgan sekarang dan dapatkan

Langkah tepat scale-up bisnes & personal branding anda 10X ganda!