Hapus Stigma Negatif Terhadap Tiktok

Dahulu, rakyat Malaysia dikhabarkan tentang penggunaan aplikasi Tiktok dalam kalangan remaja yang lebih cenderung kepada kegiatan-kegiatan seperti gelek dan suatu tempat yang tidak berfaedah. Persepsi negatif agak tebal dalam kalangan masyarakat dengan segelintir pihak yang menyalahgunakan aplikasi tersebut dengan penghasilan content yang negatif.

Menyedari keadaan itu, syarikat Tiktok Malaysia mula menjalankan kempen dimana Tiktok akan lebih mengetengahkan video-video pengguna yang memberikan banyak nilai dan ilmu kepada pengguna yang lain.

Dengan menggunakan konsep Simple Short Video (SSV), aplikasi Tiktok mula mendapat perhatian kembali apabila pengguna Tiktok mula menunjukkan bakat dan kreativiti mereka sendiri dalam menyampaikan suatu ilmu dan informasi.

Pengguna tidak memerlukan terlalu banyak masa untuk menghasilkan satu video yang kreatif dan ringkas kerana didalam Tiktok itu sendiri sudah ada kemudahan-kemudahan editing yang mudah untuk digunakan. Itulah yang menjadi salah satu keunikan dan tarikan Tiktok ini kepada golongan penggunanya.

Terkini, usahawan-usahawan bijak mula menelusuri dunia Tiktok apabila mereka mendapati Tiktok mampu menaikkan Personal Branding mereka dengan lebih cepat. Jelas, Tiktok bukanlah tempat menjual secara “hardsell”. Namun, penggunaan ilmu dengan teknik dan strategi yang betul, semestinya mampu membantu usahawan-usahawan ini untuk menaikkan pendapatan mereka berlipat kali ganda.

Menurut sebuah artikel “Mula Berniaga.Com”, lebih 4 Juta pengguna Tiktok adalah dari dalam Malaysia sahaja daripada 800 juta pengguna Tiktok seluruh dunia. Purata pengguna Tiktok dicatatkan adalah dalam lingkungan umur 16 hingga 24 tahun. Bahkan, tidak dinafikan golongan 30 tahun dan keatas juga turut meluangkan masa bersama-sama dengan aplikasi ini.

Maka, tidak hairanlah platform Tiktok ini menjadi pilihan usahawan-usahawan untuk menaikkan branding mereka sendiri.

Anda yang membaca ini, tunggu apa lagi!
Bertindak segera untuk berjaya!

Jadilah dikalangan usahawan yang bijak dengan mengambil peluang menggunakan aplikasi yang ini untuk menaikkan nama anda.

Seed4Future Motivation Resources,
Mestilah Positif!

Kongsi Artikel Ini

Langgan sekarang dan dapatkan

Langkah tepat scale-up bisnes & personal branding anda 10X ganda!