Alhamdulillah, seronok tengok student Seed4Future grow secara konsisten macam ni. Syameel adalah salah seorang pelajar Seed4future yang membawa niche Skincare sebagai content Tiktoknya.
Syameel banyak berkongsi tentang tip-tip penjagaan kulit wajah. Jom lihat saranan yang Syameel kongsikan pada anda sebelum memulakan suatu perkara.
1) Berguru
Ini adalah berdasarkan pengalaman Syameel snediri. Jika kita tidak berguru, maka kita akan selalu mengulang kesilapan yang sama sahaja. Kita tidak akan pernah nampak dimana kesilapan yang kita lakukan. Bayangkan, kita boleh naik 90% lebih cepat dengan berguru. Jadi mengapa memilih untuk tidak berguru?
2) Aktif dalam support team yang Seed4Future kumpulkan.
Jujurnya, Support Team yang Seed4Future sediakan memang sangat membantu newbie seperti Syameel ni yang baru nak naik dalam Tiktok. Circle yang ada dialam Tiktok sangat positif dan membantu satu sama lain untuk naik. Jaraglah nak tengok mana-mana guru yang sediakan support team terutama sekali yang khas untuk membantu naikkan sokongan pada Tiktok masing-masing.
3) Istiqamah dengan niche. Bukan senang nak istoqamah dengan niche yang kita bawa. Kena yakin dan percaya. Satu content tak viral, kita usaha lagi dengan pelbagai cara.
Semua orang bermula daripada sifar. Tak ada orang yang lahir-lahir terus ada followers berjuta. Tak ada orang yang lahir-lahir terus pandai dan cekap. Semua orang perlu melalui proses pembelajaran. Semua orang perlu melalui proses kegagalan. Sama ada kegagalan kecil atau besar,pasti akan membawa kepada kejayaan.
Bergantung pada kita. Adakah kita ni betul-betul nak berusaha atau hanya sekadar cakap dimulut sahaja tapi tak ada apa-apa tindakan.
Walaubagaimana pun keadaan kita, masih belum terlambat lagi untuk kita belajar dan berguru. Alhamdulillah, sale Skincare Syameel pun banyak naik lepas join King of Tiktok! Siapa sahaja tak seronok bila pelaburannya untuk ilmu tak sia-sia, kan?