Rasanya nama Sir Syazwan dah tak asing lagi pada pengguna-pengguna aplikasi Tiktok. Beliau juga pernah ditemuramah oleh Mstar Online pada 28 Mac 2021.
Beliau sering memuat naik video hasil ciptaannya mengajar Bahasa Arab. Uniknya Sir Syazwan ni, beliau ada identiti beliau yang tersendiri yang membuatkan penonton mengingati setiap video yang telah dihasilkannya. Beliau memberanikan diri untuk mencuba olahkan videonya dalam bentuk penyampaian yang kreatif dan tidak meniru hasil karya orang secara bulat-bulat.
Bagi beliau, beliau sentiasa menanam niat untuk berkongsi ilmu Bahasa Arab kepada masyarakat dan bukan hanya untuk terkenal semata-mata. Lagi mengejutkan, beiau beliau juga adalah salah seorang pelajar Seed4Future!
Apa yang Sir Syazwan buat adalah, beliau memang betul-betul mengaplikasikan ilmu yang diajar dalam kelas. Beliau sangat bijak dalam menghasilkan content yang sangat dekat dengan jiwa penonton. Berbekalkan ilmu yang beliau belajar, Sir Syazwan mula mencari pattern yang ramai orang suka dan lebihkan pada bahagian tersebut.
Bukan itu sahaja, Sir Syazwan juga tahu yang platform ini adalah sangat bagus untuk diriya membina personal branding walaupun dia bukanlah orang bisnes. Bermanfaat untuk masa depan.
Pada awalnya Sir Syazwan hanya buat content yang spesifik untuk pelajar Bahasa Arab sahaja. Tapi lama-lama, beliau mula buat content Bahasa Arab basic dan berjaya untuk tarik minat penonton yang tak ada asas Bahasa Arab. Sir Syazwan memang akan gunakan lagu-lagu viral sepertimana yang telah diajar didalam kelas.
“Kita perlu hidangkan apa yang followers mahu, bukan hidangkan apa yang kita mahu samoai followers tak suka. Be natural! Jadi diri sendiri, jangan fake.”
Bila dah ada ilmu, kenalah fikir sendiri idea content. Yang kita perlu tahu, ada ilmu sahaja tak cukup, kita tetap kena ada effort untuk cari idea untuk tak mengajar secara serius dan Sir Syazwan kekal konsisten hinggalah sekarang!