Arif Asaad

Arif Asaad membawa niche pengetahuan agama didalam Tiktok beliau. Beliau menggunakan platform Tiktok ini untuk memecahkan tanggapan negatif masyarakat terhadap aplikasi ini.

Yang lebih menarik, rupanya ramai yang nak ambil tahu soal pengetahuan ilmu tajwid ini. Beliau menggunakan cara penyampaian yang sangat menarik dalam setiap video beliau yang singkat tetapi beliau juga ingin memastikan isinya sampai kepada penonton.

Dewasa ini, ramai sangat yang menumpukan perhatian kepada Tiktok, maka kerana itulah beliau mengambik peluang ini dengan cepat untuk turut juga masuk kedalam komuniti Tiktok ini.

Ilmu tajwid adalah ilmu yang snagat penting untuk setiap muslim tahu dan pelajar. Tambahan lagi, kita kena sentiasa memperbaiki bacaan, cara sebutan setiap huruf dengan makhraj yang betul. Dengan platform ini, pengguna bukan sahaja mendapat hiburan tetapi juga ilmu-ilmu baru setiap hari.

Tambahan pula, setiap video yang beliau telah hasilkan durasinya memang kurang daripada 1 minit. Kadang, tak sampai 30 saat pun. Tiktok mampu ‘booth’ video content yang telah kita hasilkan dengan syarat tidak melanggar ‘community guideline’ yang telah Tiktok gariskan dan video mempunyai kualiti.

Gunakanlah platform yang ada ini untuk sebarkan kebaikan walaupun hanya sekecil-kecil perkongsian kerana kebatilan akan terus tersebar jika tiada yang menegakkan kebenaran. Satu lagi, beranikanlah diri untuk laburkan wang pada ilmu yang dapat mempercepatkan matlamat untuk capai apa yang kita mahukan.

Mestilah Positif!