Farhaan Rahmat

Memang tak asing lagi dalam kalangan pakar motivasi, Farhaan Rahmat ataupun lebih dikenali sebagai Abang An telah berkecimpun didalam dunia motivasi sejak bertahun-tahun lamanya.  Beliau sangat terkenal dengan taglinenya, Selamat Datang ke Bumi. Beliau juga pernah menyampaikan ceramah pada berpuluh-puluh buah sekolah seluruh malaysia sebelum wabak covid melanda.

Terkini, Abang An mula menampilkan dirinya didalam Tiktok dengan niche motivasi dan beliau turut mengulas isu semasa dan isu viral di dalam Tiktok. Sekarang, pengikut Abang Naz di dalam aplikasi itu adalah seramai 291.1K.

Jom kita lihat, bagaimanakah Abang An boleh terdetik untuk masuk kedalam Tiktok ini? Sebenarnya, Abang An sendiri yang Direct Message (DM) Abang Naz untuk tahu apa sebenarnya yang dia patut tahu sebelum memulakan video dekat dalam Tiktok. Maka, Abang An pun membuat keputusan untuk join Personal Coaching dengan Seed4Future. Abang An rasa dia perlu untuk dibimbing kerana Abang An tidak tahu sangat bagaimana gerak kerja aplikasi Tiktok ini.

Melalui coaching tersebut, Abang An memang dapat banyak sangat ilmu yang bermanfaat. Menurut Abang An, walaupun hanya sekadar Tiktok sahaja seolah-olah hanya satu aplikasi kecil yang tidak mendatangkan apa-apa faedah, namun tanpa kita sedari banyak sahaja perkara baik yang kita boleh salurkan.

Seperti kebiasaan masyarakat, Abang An dulu pun memegang stigma yang Tiktok ini sebuah tempat yang pelik dan hanya ada gelek-gelek sahaja. Tapi, sebenarnya, ia jauh lebih baik daripada itu.

Sebenarnya, ia bergantung kepada cara kita menggunakannya. Analogi aplikasi Tiktok ini adalah seperti pisau. Kalau salah guna, akan berpotensi melukakan orang atau diri sendiri. Tetapi, jika kita menggunakan ia untuk memotong sayur dan buah-buahan, bukankah ianya mendatangkan kebaikan?

Dalam erti kata lain, membawa kemudaratan jika salah guna dan memberikan manfaat yang baik jika kita bijak dalam mengendalikannya.

Setiap aplikasi itu berbeza. Kerana itu jugalah Abang An belajar terlebih dahulu aplikasi ini sebelum menggunakannya. Alhamdulillah, memang berjaya dan Abang An sangat cepat naik. Sikit hari lagi Abang An nak cecah 300k followers! Alhamdulillah!

It’s all about technique and our unique.

Key dia adalah, usaha. Percaya sebelum berjaya.

Mestilah Positif!

Farhaan Rahmat